Kredit E-Tunai RM100 – Pemberian Kredit Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Kredit E-Tunai RM100 : Pemberian kredit percuma untuk rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas. Inisiatif ini merupakan bantuan terbaru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim buylan Julai lalu.
Untuk kali ini, pihak kami akan kongsikan kepada anda bagaimanakah cara untuk tebus kredit percuma RM100 ini. Ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
KREDIT E-TUNAI RM100
Bantuan kredit e-Tunai RM100 ini adalah sebuah inisiatif kerajaan kepada rakyat Malaysia daripada golongan B40 dan M40 yang pendapatan tahunan mereka dibawah RM100 ribu.
Bantuan ini dilancarkan setelah pihak kerajaan melihat kejayaan dan impak besar kepada masyarakat sekaligus mendorong rakyat Malaysia berbelanja tanpa tunai.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Untuk golongan B40 dan M40
KADAR BAYARAN E-TUNAI 2023
Lebih dari 10 juta rakyat Malaysia yang layak bakal menerima bantuan kredit percuma ini sebanyak :
- RM100
Tambahan beliau, pelaksanaan inisiatif ini memperuntukkan dana sebanyak RM1 bilion.
TARIKH BAYARAN
Seperti yang telah diumumkan, tarikh pelaksanaan inisiatif ini akan disalurkan pada suku ke empat tahun 2023. Ramai menganggap ianya akan disalurkan bulan Oktober ini.
Namun, baru-baru ini Timbalan Menteri Kewangan II telah membuat kenyataan rasminya bahawa ianya akan disalurkan pada bulan :
- DISEMBER 2023
Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi. Kami akan maklumkan kepada anda sekiranya kerajaan telah umumkan tarikh rasminya.
Info : Untuk makluman, pelaksanaan e-Tunai Belia Rahmah RM200 telahpun dilaksanakan pada bulan Julai lalu.

CARA TEBUS
Kaedah penebusan bantuan ini adalah sama seperti sebelum ini. Rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan, mereka cuma perlu mendaftar dan tebus dengan cara memuat turun aplikasi seperti dibawah :
- Touch ‘N’ Go
- Boost
- Setel
Sekiranya bantuan ini telah mula disalurkan, hanya anda perlu menebus bantuan tersebut melalui Aplikasi diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.
