Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 – Tuntut Sekarang!

Ketika ini, pelbagai perkongsian yang kita dapat lihat di media sosial dimana segelintir pencarum KWSP khususnya meminta agar pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan.

Walaupun terdapat tambahan tunai melalui pelaksanaan BKM bagi fasa kedua baru-baru ini, rakyat Malaysia menganggap ianya tidak mencukupi dalam menampung perbelanjaan lebih-lebih lagi ketika ini kadar kenaikan harga barang meningkat.

Sekiranya anda pencarum KWSP yang ingin agar pengeluaran Khas KWSP 2.0 di luluskan, ini adalah peluang anda untuk menyokong agar pihak Kerajaan dapat memberi kelulusan.

PETISYEN TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Baru-baru ini, seorang pengguna Change.org yang bernama Juniza Binti Sulaiman Jue Sulaiman telah memulakan sebuah petisyen untuk menyokong Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ini.

Setakat ini, seramai 80,448 orang telah menandatangani petisyen tersebut. Kempen ini dilancarkan oleh rakyat yang juga ahli KWSP tanpa penglibatan dari mana-mana pihak politik.

Melihat daripada situasi ini, jelas sekali golongan ini sangat memerlukan langkah tersebut untuk melangsungkan kehidupan harian mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Sekiranya anda bersetuju dengan gerakan tuntutan pengeluaran Khas KWSP 2.0 yang dilancarkan ini, anda boleh klik pautan dibawah sebagai tanda sokongan anda.

PETISYEN TUNTUT PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Dengan adanya petisyen seperti ini, ianya dapat membuka mata pihak Kerajaan khususnya pihak KWSP itu sendiri dimana ketika ini rakyat Malaysia benar-benar terkesan dan terdesak.

Sumber : MyPortalkini 

9 thoughts on “Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 – Tuntut Sekarang!”

  1. Kalau bantuan kerajaan x bole nk baya utang secara oneoff 10k…bole kerajasn bg sebanyak itu..kalau bole kmi x kluakn kwsp

    Reply
  2. Usia saya dah capai 54..Dan tiada kerja disebabkan penglihatan tidak memuaskan setengah pembedahan utk satu biji Mata Kiri…Kanan langsung tiada penglihatan…duit kwsp 2.0 dapat membantu

    Reply
  3. di sebabkan harga barang naik,gaji saya tak mencukupi,anak tiga orang dua masih sekolah seorang lelaki belum dapat kerja.mohon luluskan kwsp 2.0,saya harap sangat

    Reply

Leave a Comment