Tarikh Bayaran STR Tambahan Fasa 2 Mula Dikreditkan

Tarikh Bayaran STR Tambahan Fasa 2 Mula Dikreditkan
Seperti yang telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2024 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju akan meneruskan lagi bayaran tambahan khas untuk penerima STR yang layak menerusi program Sumbangan Asas Rahmah.

Walaubagaimanapun, pelaksanaan bayaran tambahan ini hanya tertumpu kepada golongan yang memerlukan sahaja agar ianya dapat disalurkan kepada individu yang betul-betul layak. Untuk infi lanjut, ikuti perkongsian dibawah ini.

STR TAMBAHAN

Sumbangan Asas Rahmah atau ianya dikenali sebagai MYSARA merupakan sebuah inisiatif tambahan khas untuk penerima STR 2024 yang layak sahaja. Bayaran pertama telah mula disalurkan pada Februari lalu lagi dimana mereka yang layak telah terima bayaran sehingga RM600.

Seramai 700 ribu penerima yang terdiri dari golongan miskin tegar dan golongan miskin akan menerima manfaat ini. Berbanding tahun sebelumnya, ianya hanya tertumpu kepada golongan miskin tegar sahaja.

JADUAL BAYARAN

Berikut adalah jadual kadar bayaran mengikut kategori penerima :

STR TAMBAHAN FASA 2

TARIKH BAYARAN STR TAMBAHAN FASA 2

Jika di Semenanjung bantuan SARA adalah berbentuk kredit manakala bagi tiga negeri ini seperti Sabah, Sarawak dan Labuan bantuan SARA adalah berbentuk WANG TUNAI yang boleh di tebus melalui Bank Simpanan Nasional pada 19 Februari lalu.

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun dan jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori. Berikut adalah tarikh dan jumlah bayaran bagi fasa kedua :

Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM 600 (19 Februari)
  • RM 600 (12 Ogos)

Bujang

  • RM 300 (19 Februari)
  • RM 300 (12 Ogos)

SEMAKAN STR TAMBAHAN FASA 2

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk membuat semakan bantuan MySara 2024 RM1200 ini :

  • Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

SENARAI BANTUAN MYSARA 2024

Berikut adalah senarai barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan bantuan MySara ini :

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mee segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa

SYARAT KELAYAKAN STR TAMBAHAN FASA 2

Untuk makluman anda semua, bayaran tambahan Sumbangan Asas Rahmah ini hanya akan disalurkan kepada penerima STR yang menepati kelayakan seperti dibawah :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, selain bantuan E-Tunai ini, pelbagai lagi inisiatif lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment