Bantuan Bulanan BWE RM500 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Bulanan BWE RM500 Untuk Rakyat Malaysia.
Pemberian Bantuan Warga Emas atau BWE 2024 sebanyak RM500 sebulan akan diteruskan lagi bagi tahun 2024 ini. Mana-mana individu yang berumur 60 tahun keatas, mereka adalah layak untuk menerima bantuan kewangan ini.

Untuk makluman, bantuan tunai bulanan ini telah lama disediakan khas untuk golongan ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Walaubagaimanapun, setiap kelayakan adalah tertakluk dengan beberapa syarat.

BWE RM500

Warga Emas di Malaysia merupakan salah satu golongan yang sering mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Pada tahun 2021, kadar bantuan ini telah dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 setiap bulan.

Program bantuan tunai ini adalah bertujuan membantu meringankan beban kewangan agar golongan ini dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan cukup.

Nota : Syarat utama untuk menerima bantuan ini, warga emas tersebut haruslah berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

KADAR BAYARAN BWE

Untuk makluman semua, kadar bayaran BWE 2024 ini telahpun dinaikkan. Sekiranya warga emas tersebut memenuhi kriteria kelayakan, mereka akan menerima bayaran bulan sebanyak :

  • RM 500 sebulan

SYARAT KELAYAKAN BWE RM500

Berikut adalah syarat kelayakan bagi setiap permohonan Bantuan Bulanan BWE yang telah ditetapkan :

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga Emas yang Bukan tinggal di Institusi Kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

CARA MOHON BWE RM500

Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan seperti di atas, permohonan boleh dilakukan melalui :

Untuk sebarang permohonan, anda boleh muat turun borang di pautan di bawah ini :

BWE RM500

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment