Rasmi : Tarikh Bayaran Bantuan E-Wallet RM100 Untuk B40 & M40

Rasmi : Tarikh bayaran Bantuan E-Wallet RM100 untuk B40 dan M40 akan disalurkan tidak lama lagi. Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif baru kerajaan setelah E-Tunai Rahmah RM200 sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan. Ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
BANTUAN E-WALLET RM100
Bantuan E-Wallet RM100 ini adalah sebuah inisiatif kerajaan kepada golongan B40 dan M40. Ianya tertumpu kepada rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan pendapatan tahunan mereka tidak melebihi daripada RM100,000.
Bantuan ini dilancarkan setelah pihak kerajaan melihat kejayaan dan impak besar kepada masyarakat sekaligus mendorong rakyat Malaysia berbelanja tanpa tunai.
SYARAT KELAYAKAN
Bantuan ini tertumpu kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kriteria seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Untuk golongan B40 dan M40
KADAR BAYARAN
Bantuan E-Wallet ini bakal memanfaatkan seramai 10 juta rakyat Malaysia dan akan menerima bayaran sebanyak :
- RM100
Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak 1 bilion bagi memastikan inisiatif ini berjalan lancar.
TARIKH BAYARAN
Seperti yang telah diumumkan, tarikh pelaksanaan inisiatif ini akan disalurkan pada suku ke empat tahun 2023. Ramai menganggap ianya akan disalurkan bulan Oktober ini.
Namun, baru-baru ini Timbalan Menteri Kewangan II telah membuat kenyataan rasminya bahawa ianya akan disalurkan pada bulan :
- DISEMBER 2023
Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi. Kami akan maklumkan kepada anda sekiranya kerajaan telah umumkan tarikh rasminya.
Info : Untuk makluman, pelaksanaan e-Tunai Belia Rahmah RM200 telahpun dilaksanakan pada bulan Julai lalu.

CARA MOHON & TEBUS
Tiada sebarang permohonan diperlukan bagi menerima bantuan e-wallet ini. Ianya akan dikreditkan secara automatik sekiranya individu tersebut memenuhi kriteria kelayakan yang disebutkan seperti diatas.
Berikut adalah cara untuk menebus bantuan ini :
- Touch ‘N’ Go
- Boost
- Setel
Sekiranya bantuan ini telah mula disalurkan, hanya anda perlu menebus bantuan tersebut melalui Aplikasi diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.
