STR Tambahan : Bayaran Sebanyak RM1200 Untuk Penerima STR

STR Tambahan : Bayaran Sebanyak RM1200 Untuk Penerima STR.
Sebelum sambutan perayaan Aidilfitri 10 April lalu, Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 telah telah mula dikreditkan ke akaun penerima STR yang berkelayakan sahaja. Setiap kelayakan, individu terbabit telah menerima pada kadar RM100 sehingga RM500.

Atas dasar keprihatinan kerajaan sedia ada, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju akan memberi bayaran tambahan khas kepada seluruh penerima STR yang layak pada tahun ini.

Untuk info lanjut, sila ikuti perkongsian dibawah ini.

STR TAMBAHAN

Sumbangan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai STR Tambahan merupakan sebuah program bantuan yang dilaksanakan melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah atau MYSARA 2024.

Seramai 700 ribu penerima akan menerima bayaran tambahan ini sehingga RM1200 sekiranya berkelayakan. Untuk makluman semua, jumlah penerima ini telah dinaiktaraf pada tahun ini berbanding tahun lalu hanya 210 ribu sahaja.

BAYARAN STR TAMBAHAN

Berikut adalah jadual kadar bayaran mengikut kategori penerima :

MYSARA 2024

SEMAKAN STR TAMBAHAN

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk membuat semakan bantuan MySara 2024 RM1200 ini :

  • Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

TARIKH BAYARAN

Bagi tarikh bayarannya pula, ianya akan mula disalurkan bermula :

  • 22 JANUARI 2024

SENARAI BANTUAN MYSARA 2024

Berikut adalah senarai barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan bantuan MySara ini :

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mee segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa

SYARAT KELAYAKAN

Untuk makluman anda semua, bayaran tambahan Sumbangan Asas Rahmah ini hanya akan disalurkan kepada penerima STR yang menepati kelayakan seperti dibawah :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, selain bantuan E-Tunai ini, pelbagai lagi inisiatif lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment