Bantuan BINGKAS 2023 : Kredit E-Wallet RM300 Untuk B40

Bantuan Bingkas 2023 merupakan sebuah bantuan kredit e-wallet percuma khas untuk golongan B40 yang menetap di negeri Selangor. Mereka yang berkelayakan akan menerima bayaran sebanyak RM300 sebulan.
Menteri Besar Selangor Y.A.B. DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI berkata bantuan ini bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
BANTUAN BINGKAS 2023
Pelaksanaan bantuan BINGKAS yang memperuntukkan RM108 juta ini bakal memanfaatkan seramai 30,000 keluarga terdiri daripada keluarga B40 di negeri Selangor.
Setiap isi keluarga yang berkelayakan, mereka akan menerima bayaran secara bulanan sebanyak RM300 dimana bayaran tersebut akan dikreditkan kedalam e-wallet mereka.

MANFAAT BINGKAS
Melalui pelaksanaan program bantuan BINGKAS 2023, isi keluarga yang layak akan menerima beberapa manfaat, antaranya adalah :
- Had pembelian RM300
- Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
- Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
- Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi setiap permohonan BINGKAS ini, iaitu :
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan
KAEDAH BAYARAN
Untuk makluman semua, bantuan ini bukanlah disalurkan secara wang tunai. Akan tetapi, setiap isi keluarga yang layak, mereka akan terima bayaran tersebut melalui kredit e-wallet.
CARA MOHON
Sila kemukakan permohonan anda melalui portal rasmi iaitu : https://www.bingkasselangor.com/
Beberapa dokumen penting yang perlu anda sediakan adalah :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada)
- Salinan kad pengenalan/ mykid/ surat lahir anak/ tanggungan
- Salinan slip/ penyata gaji untuk penjawat awam
- Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
- Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
- Dokumen lain yang berkaitan
MAKLUMAT LANJUT
Pelbagai lagi bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan yang boleh anda dapatkan pada tahun ini. Untuk lebih lanjut, sila RUJUK DISINI.