JKM

Bantuan JKM Sehingga RM1,000 & Cara Memohon

Ketika pembentangan Belanjawan 2021 November lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik kebajikan bagi golongan rentan (Kumpulan Mudah Jatuh Sakit) termasuk akan menaikkan kadar beberapa jenis bantuan.

Dengan penambahbaikan kadar bantuan ini, ianya pasti akan menggembirakan hati rakyat Malaysia khususnya mereka yang terjejas teruk pendapatannya ekoran pandemik Covid-19 yang kini melanda negara kita. Dengan bantuan ini, dapatlah membantu bagi meringankan beban rakyat dalam menyokong ekonomi keluarga mereka.

Untuk kali ini, pihak kami akan kongsikan kepada anda mengenai bantuan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini serta cara-cara untuk membuat permohonan. Ikuti perkongsian di bawah.

BANTUAN SEHINGGA RM1000 (JKM)

Untuk makluman, bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini hanya akan diberikan kepada mereka yang layak sahaja selepas melalui proses siasatan untuk penilaian bagi tujuan meringankan beban penerima bantuan.

Berikut adalah senarai bantuan mengikut kadar dan kategori yang disediakan untuk anda yang boleh anda mohon :

CARA MOHON BANTUAN JKM 

Sekiranya anda memerlukan dan ingin membuat permohonan bantuan JKM ini, anda dikehendaki untuk terus pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh neara berhampiran kawasan anda.

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sediakan bagi permohonan JKM ini :

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahian anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Bagi memudahkan segala urusan permohonan anda, sila sertakan sekali dokumen sokongan yang disebutkan diatas ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Sila isi borang dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan proses permohonan. Klik link dibawah bagi mendapatkan borang permohonan :

SEMAKAN BANTUAN JKM

Kepada anda yang telahpun membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak akan status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan bagi memudahkan para pemohon. Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi menyemak status permohon secara online :

  • Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : 
    eBantuan JKM
  • Sila Klik “Semak Status Permohonan Talian
  • Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “Semak”

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

RujukanOnline

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button