Bantuan Kewangan BAP 2024 Sebanyak RM350 – Mohon Sekarang!

Bantuan Kewangan BAP 2024 Sebanyak RM350 – Mohon Sekarang!
Dalam membantu golongan yang berpendapatan rendah khusus untuk individu yang terjejas, kerajaan Malaysia sentiasa akan menghulurkan bantuan agar golongan ini miliki apa yang mereka perlukan.

Anda sedia maklum, sebelum sambutan Aidilfitri baru-baru ini, pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa kedua telahpun diberikan dimana seramai 8.4 juta rakyat Malaysia menerima bantuan tunai tersebut.

Namun, tahukah anda selain bantuan STR ini, kerajaan juga ada menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM350. Apa yang menariknya, bantuan tunai ini akan dibayar pada setiap bulan. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BAP 2024 : BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk  meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Sekiranya rakyat Malaysia tersebut berkelayakan, mereka akan menerima bayaran secara tunai pada setiap bulan.

KADAR BAYARAN BAP 2024

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan dimana, setiap individu yang berkelayakan bakal menerima bayaran sebanyak :

  • Minimum : RM100
  • Maksimum : RM350

Apa yang menariknya, rakyat Malaysia yang layak mereka akan menerima bayaran automatik secara bulanan.

SYARAT KELAYAKAN

Setiap permohonan hendaklah memenuhi kriteria kelayakan seperti dibawah :

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

CARA MOHON

Berikut adalah cara untuk memohon bantuan yang disediakan ini :

  • Sila layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • muat turun borang permohonan.
  • Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
  • Daftar permohonan mengikut negeri.
  • Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan.

Untuk lebih jelas cara memohon, sila rujuk DISINI

SEMAKAN STATUS BAP 2024

Berikut adalah cara untuk membuat semakan permohonan bagi bantuan JKM ini :

  • Sila layaran web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Semakan Status Permohonan Bantuan JKM
  • Klik butang Semak : Semakan Status Permohonan Atas Talian
  • Masukkan No MyKad Ahli dan klik SEMAK!
BAP 2024

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Setiap individu yang ingin memohon, pastikan anda lengkapkan senarai dokumen seperti dibawah :

MAKLUMAT LANJUT

Dalam era kegawatan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, kerajaan sedia ada faham apa yang rakyat Malaysia inginkan. Maka oleh itu, pelbagai jenis bantuan yang telah disediakan dan boleh anda manfaatkan. Untuk tahu pelbagai bantuan tersebut, sila SEMAK DISINI!

Leave a Comment