PERANTISISWA FASA 2 : Permohonan Bantuan Tablet Percuma Untuk B40
Terbaru, permohonan Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia Fasa 2 kini kembali di mana individu yang berkelayakan boleh membuat permohonan pada Ogos nanti.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam sebuah sidang media khas 3 hari lepas.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
PerantiSiswa KELUARGA MALAYSIA
PerantiSiswa ialah inisiatif kerajaan yang direka untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik mendapatkan peranti mereka sendiri. Kerajaan sedar akan cabaran yang dihadapi oleh sesetengah pelajar ketika cuba membuat kerja rumah, seperti perlu meminjam peranti rakan atau perlu ke pusat internet.
Kerajaan Malaysia dan syarikat telekomunikasi terpilih akan bekerjasama untuk menyediakan tablet bagi melancarkan inisiatif PerantiSiswa ini kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.
Bagi memastikan keperluan pelajar terus terpelihara, peruntukan sebanyak RM450 juta telah disediakan, tidak termasuk sumbangan daripada syarikat telekomunikasi sebanyak RM65 juta ini akan memberi manfaat kepada seramai 600,000 pelajar.
SYARAT KELAYAKAN
- Pemohon adalah mahasiswa Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) – B40
- Pendapatan isi rumah di bawah RM 4,850
- Pengajian di peringkat Diploma / Diploma lanjutan
- Ijazah Sarjana Muda (Universiti Awam)
- Politeknik / Kolej Komuniti
- Institusi Pengajian Tinggia Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pakej bantuan ini untuk pelajar IPT dari golongan B40 untuk memiliki ;
- Peranti Tablet
- Data Mudah Alih
JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN
- Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
- Android OS 10 dan ke atas
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bateri minimum 4500 mAh
- Pengecas USB disertakan
- Papan kekunci bluetooth disertakan
- Pen stylus disertakan.
TARIKH PERMOHONAN PERANTI SISWA FASA 2
- 1 Ogos sehingga 30 September
CARA MOHON
Setiap permohonan boleh dibuat menerusi web rasmi :
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN PERANTI
Bagi individu yang telah memohon pada Fasa Pertama April lalu, penyampaian bantuan peranti tersebut akan mula dilaksanakan pada Ogos 2022.
Untuk makluman anda, pembahagian bantuan peranti ini akan melalui dua fasa. Di harap anda tenang dan bersabar.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan PerantiSiswa Fasa 2, sila e-melkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:
▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188