Bantuan Am Persekutuan RM350 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Am Persekutuan merupakan salah satu bantuan tunai yang akan dibayar kepada rakyat Malaysia yang terjejas dari segi ekonomi dan kehidupan seharian mereka.
Bantuan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini akan memberi bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM350 kepada individu yang berjelayakan.
Untuk maklumat lanjut, ikuti pertukaran di bawah.
Table of Contents
BANTUAN AM PERSEKUTUAN
Untuk makluman anda, pelbagai bantuan yang boleh anda dapatkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini. Antaranya adalah Bantuan Am Persekutuan ini.
Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
KADAR BAYARAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan dimana, setiap individu yang berkelayakan bakal menerima bayaran sebanyak :
- Minimum : RM100
- Maksimum : RM350
Apa yang menariknya, rakyat Malaysia yang layak mereka akan menerima bayaran automatik secara bulanan.
SYARAT KELAYAKAN
Walaubagaimanapun, beberapa syarat kelayakan yang wajib untuk diketahui. Berikut adalah senarai kelayakan :
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain
CARA MOHON
Rakyat Malaysia yang ingin memohon, berikut dikongsikan langkah bagi memohon Bantuan Am Persekutuan ini :
- Sila layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat
- muat turun borang permohonan.
- Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
- Daftar permohonan mengikut negeri.
- Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan.
Untuk lebih jelas cara memohon, sila rujuk DISINI

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Setiap individu yang ingin memohon, pastikan anda lengkapkan senarai dokumen seperti dibawah :
- Salinan MyKad Pemohon
- Salinan MyKad ahli keluarga ni yang tinggal bersama
- Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
- JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
- JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
- Borang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019