Rasmi : Kanak-Kanak Di Malaysia Adalah Layak Terima Bantuan RM200 Sebulan

Negara kita iaitu Malaysia merupakan sebuah negara yang sentiasa prihatin dalam membantu bagi menjamin kestabilan ekonomi khususnya rakyat Malaysia yang terjejas.

Untuk makluman anda semua, sekiranya anda memiliki anak dibawah 18 tahun, anak anda tersebut adalah layak untuk menerima bantuan secara bulanan RM200 – RM1000.

Ibu bapa yang ingin memohon, berikut kami kongsikan syarat kelayakan berserta cara untuk memohon bantuan ini.

TUJUAN UTAMA BKK

Tujuan utama Bantuan Kanak-Kanak ini adalah untuk :

  1. Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kadan-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

JUMLAH BAYARAN BKK 2023

Berikut adalah jumlah bayaran Bantuan Kanak-Kanak yang akan diberikan :

  • Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
    • RM200 seorang anak  berumur 6 tahun & ke bawah
    • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
    • Kadar bantuan maksimum RM1000 / keluarga sebulan

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk permohonan bantuan ini

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

Nota : Setiap permohonan akan di kaji mengikut kelayakan pemohon, bertujuan agar bantuan ini di salurkan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Terdapat dua langkah untuk membuat permohonan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini iaitu :

  • Secara Atas Talian
  • Secara Manual

Langkah 1 (Atas Talian)

  • Sila ke portal rami JKM iaitu :  http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang “Datar Permohonan Atas Talian”
  • Sila fahami butiran dan isi dengan lengkap
  • Pemohon perlu isi dua bahagian ( A dan B)
  • Anda di nasihati agar memeriksa kembali segala butiran yang anda telah  isi bagi memastikan tiada kesilapan. Sekiranya telah lengkap dan sahih, sila klik butang “keputusan”

Langkah 2 (Manual – Pejabat JKM)

  • Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
  • Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon. 
  • Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :
  • BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM
  • BORANG KEMASKINI MAKLUMAT

Senarai Pejabat JKM Negeri dan Cawangannya, sila rujuk di sini :

DOKUMEN PENTING YANG PERLU DI SEDIAKAN

Sekiranya anda ingin datang ke Pejabat JKM, anda perlulah hadir bersama beberapa dokumen yang perlu anda sediakan :

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad atau MyKid anak jagaan
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Bil utiliti semasa seperti ( AIr / Elektrik / Telefon / Astro)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda bolehlah terus berhubung dengan Pejabat JKM Negeri atau Ibu Pejabat atau boleh ke laman rasmi https://www.jkm.gov.my/

Leave a Comment