Jadual Lengkap Bayaran Bulanan Bantuan JKM 2021
Tengku Zafrul didalam ucapannya ketika pembetangan Belanjawan 2021, beberapa kadar bantuan bagi kebajikan golongan rentan (kumpulan mudah jatuh sakit) akan dinaikkan. Antaranya :
- Bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak berupaya bekerja (RM250 > RM300
- Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU serta Pesakit Kronik (RM35 > RM500)
- Kadar Elaun Pekerja OKU (RM400 > RM450)
- Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin : Anak berumur 7 Tahun – 18 Tahun (RM100 > RM150) / Anak berumur 6 Tahun ke bawah (RM200 seorang – Maksimum RM1000 untuk sebuah keluarga)
Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini, kenaikan tersebut sudah pasti akan menjadi khabar gembira buat rakyat Malaysia khususnya mereka yang terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan PKP.
Akan tetapi, adakah anda tahu mengenai jadual pembayaran bulanan yang di sediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini? Mungkin ramai yang tidak tahu mengenainya. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan jadual bayaran bulanan JKM mengikut kategori serta cara untuk membuat semakan.
Ikuti perkongsian di bawah.
Table of Contents
11 KATEGORI BANTUAN JKM
Berikut adalah 11 jenis kategori yang anda boleh mohon, antaranya :
- Bantuan Kanak-Kanak
- Elaun Pekerja Cacat
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Bantuan Am Persekutuan
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Latihan Perantis
- Bantuan Geran Pelancaran (GP)
- Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
- Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
JADUAL BAYARAN BULANAN JKM 2021
Melalui bantuan yang disediakan oleh JKM ini, bayaran akan dilakukan secara bulanan dan pada kadar yang berbeza mengikut kategori. Sila rujuk jadual lengkap di pautan ini :
Jadual Bayaran Bulanan JKM 2021
Jika diperhatikan jadual tersebut, bayaran bulanan JKM bagi bulan Julai ini telah dilaksanakan iaitu pada 11 & 12 Julai 2021.
CARA BUAT SEMAKAN BANTUAN JKM
- Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Sila Klik “Semak Status Permohonan Talian“
- Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “Semak”
Bantuan