Bantuan KerajaanJKM

BAP 2024 : Syarat Kelayakan Penerima Bantuan RM350 Setiap Bulan

BAP 2024 : Syarat Kelayakan Penerima Bantuan RM350 Setiap Bulan
Pada tahun 2024 ini, pelbagai bantuan yang boleh rakyat Malaysia dapatkan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi membantu golongan rentan khusus mereka yang terjejas.

Salah satu bantuan yang boleh dimanfaatkan adalah Bantuan Am Persekutuan di mana setiap kelayakan, individu tersebut bakal menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM350. Apa yang menarik, ianya akan disalurkan setiap bulanan.

BAP 2024 : BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Untuk makluman anda, pelbagai bantuan yang boleh anda dapatkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini. Antaranya adalah Bantuan Am Persekutuan (BAP 2024).

Bantuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KADAR BAYARAN BAP 2024

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan dimana, setiap individu yang berkelayakan bakal menerima bayaran sebanyak :

  • Minimum : RM100
  • Maksimum : RM350

Apa yang menariknya, rakyat Malaysia yang layak mereka akan menerima bayaran automatik secara bulanan.

SYARAT KELAYAKAN

Walaubagaimanapun, beberapa syarat kelayakan yang wajib untuk diketahui. Berikut adalah senarai kelayakan :

  •  Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

CARA MOHON

Rakyat Malaysia yang ingin memohon, berikut dikongsikan langkah bagi memohon Bantuan Am Persekutuan ini :

  • Sila layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • muat turun borang permohonan.
  • Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
  • Daftar permohonan mengikut negeri.
  • Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan.

Untuk lebih jelas cara memohon, sila rujuk DISINI

SEMAKAN STATUS BAP 2024

Bagi yang telah melengkapkan borang Bantuan JKM, langkah-langkah untuk membuat semakan status layak atau tidak adalah seperti berikut:

  • Sila layaran web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Semakan Status Permohonan Bantuan JKM
  • Klik butang Semak : Semakan Status Permohonan Atas Talian
  • Masukkan No MyKad Ahli dan klik SEMAK!
BAP 2024

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Setiap individu yang ingin memohon, pastikan anda lengkapkan senarai dokumen seperti dibawah :

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button