Bantuan KerajaanBKM

BKM TAMBAHAN : Tarikh Rasmi Bayaran Tambahan RM500 Telah Bermula Hari Ini

BKM Tambahan merupakan bayaran tambahan sehingga RM500 kepada individu yang layak melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Untuk makluman, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan melalui 4 fasa bayaran, dan kini ianya telahpun melalui 2 fasa iaitu bulan Mac dan Jun 2022.

Namun, bagaimana pula mengenai bayaran BKM TAMBAHAN? Bilakah ianya akan mula dilaksanakan?

Oleh itu, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda mengenai tarikh bayaran BKM Tambahan. Ikuti perkongsian dibawah.

KADAR BAYARAN BKM FASA 3

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)

    • Tiada Anak – RM 200
    • 1-2 Anak – RM 300
    • 3-4 Anak – RM 400
  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)

    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 100
    • 3-4 Anak – RM 100
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas 
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 500
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 700

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • Tiada Anak – RM 400
    • 1-2 Anak – RM 400
    • 3-4 Anak – RM 400

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 600
  • Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

    • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)

    • 1-2 Anak – RM 800
    • 3-4 Anak – RM900

4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)

  • RM 150
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)

  • RM 150
JOIN TELEGRAM

KADAR BKM TAMBAHAN

Untuk makluman, bayaran tambahan BKM hanya akan diberikan kepada kategori berikut :
  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau;
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunya anak menepati syarat.
Rujuk jadual dibawah untuk lebih jelas

SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Semakan BKM Tambahan boleh dilakukan secara online dengan melayari laman rasmi BKM iaitu :
  • Layari web rasmi BKM : https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik ‘SEMAK’
  • Sahkan kata kunci keselamatan dan klik ‘YA’ jika betul
  • Sahkan kata laluan yang didaftarkan 
  • Klik semakan status untuk semak status permohonan
  • Status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN

Berikut adalah tarikh bayaran BKM Tambahan bagi penerima yang layak mengikut setiap fasa bayaran :
  • Fasa 1 : 28 Mac 2022
  • Fasa 2 : 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga Ogos 2022)
  • Fasa 3 : September 2022
  • Fasa 4 : Disember 2022

MAKLUMAT TAMBAHAN

Baru-baru ini, Perdana Menteri ada memaklumkan ketika beliau menyentuh isu berkenaan kenaikan harga barang ketika ini. Beliau memberitahu dalam sidang media dimana, kadar bayaran BKM akan ditambah jumlahnya sekiranya kadar kenaikan harga barang kian meningkat.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button