BANTUAN KANAK-KANAK SEHINGGA RM1,000

Tahukah anda, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan satu bantuan khusus untuk kanak-kanak iaitu Bantuan Kanak-Kanak JKM. Di mana, ianya akan meliputi seluruh kanak-kanak yang ada di Malaysia bergantung kepada syarat-syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)

Bukan itu sahaja, pada November lalu ketika pembentangan Belanjawan 2021, kadar bantuan dalam Bantuan Kanak-Kanak ini akan di naikkan sehingga maksimum RM1,000 untuk satu keluarga keseluruhan. Ianya bergantung kepada jumlah anak yang ada.

Menterinya, YB DS Rina binti Mohd Harun (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), telah mengumumkan dan mengesahkan tentang bantuan ini dalam sebuah hantaran di Halaman rasmi Facebook beliau. Sila rujuk pautan ini untuk melihat pengumuman beliau.


TUJUAN UTAMA BANTUAN KANAK-KANAK

Tujuan utama Bantuan Kanak-Kanak ini adalah untuk :

  1. Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kadan-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

KADAR BANTUAN

Berikut adalah kadar Bantuan Kanak-Kanak pada tahun sebelumnya dan kadar bantuan pada tahun ini 2021.

Jumlah Bantuan Lama
  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM100
  • Maksimum sebanyak RM450 jika bilangan anak melebihi 4 orang
Jumlah Bantuan Baharu (2021)
  • Kanak-Kanak berumur antara 7 tahun sehingga 18 tahun (RM150 / bulan)
  • Kanak-Kanak berumur antara 6 tahun dan ke bawah ( RM200 / bulan)
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan



SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk permohonan bantuan ini
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Nota : Setiap permohonan akan di kaji mengikut kelayakan pemohon, bertujuan agar bantuan ini di salurkan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan.


CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Terdapat dua langkah untuk membuat permohonan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini iaitu :
  • Secara Atas Talian
  • Secara Manual

Langkah 1 (Atas Talian)
  • Sila ke portal rami JKM iaitu : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang “Datar Permohonan Atas Talian”
  • Sila fahami butiran dan isi dengan lengkap
  • Pemohon perlu isi dua bahagian ( A dan B)
  • Anda di nasihati agar memeriksa kembali segala butiran yang anda telah  isi bagi memastikan tiada kesilapan. Sekiranya telah lengkap dan sahih, sila klik butang “keputusan”

Langkah 2 (Manual – Pejabat JKM)
  • Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
  • Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon. 
  • Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :
  • BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM
  • BORANG KEMASKINI MAKLUMAT
Senarai Pejabat JKM Negeri dan Cawangannya, sila rujuk di sini
DOKUMEN PENTING YANG PERLU DI SEDIAKAN

Sekiranya anda ingin datang ke Pejabat JKM, anda perlulah hadir bersama beberapa dokumen yang perlu anda sediakan :
  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad atau MyKid anak jagaan
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Bil utiliti semasa seperti ( AIr / Elektrik / Telefon / Astro)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan daripada Jabatang Kebajikan Masyarakat, anda bolehlah terus berhubung dengan Pejabat JKM Negeri atau Ibu Pejabat.

Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Leave a Comment