STR Fasa 2 : Kadar Bayaran Untuk Penerima Yang Layak

STR Fasa 2 : Kadar Bayaran Untuk Penerima Yang Layak.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan tunai yang akan disalurkan secara berfasa. Seperti yang anda tahu, bayaran bagi fasa pertama mula disalurkan pada Januari lalu dimana 8.2 juta penerima telah mendapat manfaat daripada bantuan tersebut.

Terkini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan bahawa bayara STR Fasa 2 akan dibayar secara berperingkat mulai hari ini.

Namun, ramai tertanya-tanya berapakah kadar bayaran yang akan diterima? Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai kadar bayaran untuk individu yang layak. Ikuti perkongsian dibawah.

STR FASA 2

Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali STR akan diteruskan lagi pada tahun ini. Pada minggu ini, bayaran bagi fasa kedua akan mula disalurkan. Dianggarkan, seramai 8.4 juta penerima akan mendapat manfaat pelaksanaan bantuan tunai ini.

Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan dalam pelaksanaan fasa kedua ini dimana individu yang berkelayakan akan menerima bayaran sebanyak RM100 sehingga maksimum RM650.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Seperti yang telah diumumkan kelmarin, bayaran ini akan mula dikreditkan pada :

  • 3 APRIL 2024 (RABU)

“Selain dikreditkan ke dalam akaun penerima, sumbangan tersebut akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat- peringkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.” Perdana Menteri.

KADAR BAYARAN STR FASA 2

Berikut adalah jadual bagi kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima yang layak :

Kategori Isi Rumah (<RM2500)
i) 0 Anak : RM150
ii) 1 – 2 Anak : RM300
iii) 3 – 4 Anak : RM500
iv) 5 Anak : RM650

Kategori Isi Rumah (RM2501>)
i) 0 Anak : RM100
ii) 1 – 2 Anak : RM200
iii) 3 – 4 Anak : RM250
iv) 5 Anak : RM300

Bujang/Warga Emas Tiada Pasangan
i) RM100 dan RM150

SEMAKAN STATUS

Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR.

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Sila ke web rasmi MYSTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Masukkan Nom MyKad Pemohon
  • Pengesahakan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan
  • StatusMaklumat yang akan dipaparkan
    • Status PermohonanMaklumat Pembayaran (Jikas Ada)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin tahu lebih banyak bantuan yang boleh anda dapatkan, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment