Bantuan Kerajaan

Semakan Nama Penerima Bantuan Pembelian Barangan Dapur RM300 Setiap Bulan 2024

Semakan Nama Penerima Bantuan Pembelian Barangan Dapur RM300 Setiap Bulan 2024.

Setiap bulan individu atau ketua keluarga yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM300 yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet khas untuk pembelian barangan dapur serta barangan keperluan asas dan perihal pendidikan bagi meringankan bebanan hidup rakyat.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan pembelian barangan dapur rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

PENGENALAN BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM300 SETIAP BULAN 2024

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS. Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi keluarga-keluarga di Selangor, BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor khas untuk pembelian barangan dapur dan keperluan asas lain.

SENARAI BARANGAN DAPUR RM300 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan senarai barangan yang diluluskan / boleh dibeli dengan menggunakan bantuan BINGKAS RM300 setiap bulan :

  1. Beras.
  2. Mi dan Bihun.
  3. Roti.
  4. Biskut.
  5. Telur.
  6. Gula dan garam.
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  8. Tepung.
  9. Minyak masak.
  10. Ubat-ubatan.
  11. Sayur-sayuran dan buah-buahan.
  12. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
  13. Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  14. Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
  15. Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
  16. Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
  17. Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

CARA PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM300 SETIAP BULAN DENGAN BANTUAN

Berikut merupakan cara pembelian barangan dapur dengan menggunakan Bantuan RM300 setiap bulan :

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di atas).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
  9. Semak baki pada resit pembelian.

CARA MEMBUAT SEMAKAN

Ikuti cara semakan bantuan untuk pembelian barangan dapur RM300 setiap bulan di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi : bingkasselangor.com
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button