STR 2024 FASA 2 : Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Fasa Kedua

STR 2024 FASA 2 : Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Fasa Kedua
Seperti yang anda tahu, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 telah selesai disalurkan kepada penerima yang layak bermula 29 januari lalu. Dianggarkan, seramai 8.2 juta penerima mendapat manfaat daripada bantuan tersebut.

Pelaksanaan STR 2024 ini akan melalui 4 fasa bayaran dan akan diagihkan secara berperingkat. Maka, hanya tinggal 3 fasa bayaran sahaja lagi. Berikut kami akan kongsikan kepada anda tarikh bayaran bagi fasa kedua pula. Ikuti perkongsian dibawah.

STR 2024 FASA 2

Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali STR akan diteruskan lagi pada tahun hadapan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaannya tahun hadapan bakal memanfaatkan seramai 9 juta penerima. Jumlah penerima ini telah meningkat daripada 8.7 juta sebelum ini.

Sumbangan Tunai Rahmah ini merupakan sebuah bantuan tunai sama seperti BPR, BKM sebelum ini. Ianya bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang terdiri daripada beberapa kumpulan seperti Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas.

KADAR BAYARAN STR 2024 FASA 2

Buat masa ini, tiada makluman lagi mengenai kadar bayaran yang akan diterima pada fasa 2 nanti. Ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

STR 2024 FASA 2

TARIKH BAYARAN STR 2024 FASA 2

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran STR Fasa 2 ini akan dilaksanakan pada :

  • APRIL 2024

Tiada tarikh rasmi lagi diumumkan. Apa yang pasti, pihak kami jangkakan ianya akan disalurkan sebelum AIDILFITRI 2024 sama seperti pelaksanaan STR 2023.

SEMAKAN STATUS

Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR.

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Sila ke web rasmi MYSTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Masukkan Nom MyKad Pemohon
  • Pengesahakan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan
  • StatusMaklumat yang akan dipaparkan
    • Status PermohonanMaklumat Pembayaran (Jikas Ada)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin tahu lebih banyak bantuan yang boleh anda dapatkan, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment