Semakan Nama Penerima Bantuan MYSTR Tambahan RM1200 2024

Semakan Nama Penerima Bantuan MYSTR Tambahan RM1200 2024.
Dalam membantu Rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, bantuan tunai tahunan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan pada tahun ini. Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga turut melaksanakan bantuan tambahan khas kepada penerima STR menerusi program Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini.

Namun begitu, ianya akan melalui beberapa syarat kelayakan penerima agar bantuan ini disalurkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Sekiranya layak, individu tersebut akan terima bayaran sehingga RM1200.

Oleh itu, kali ini pihak kami akan kongsikan kepada anda mengenai semakan nama penerima yang layak terima bayaran tambahan ini.

MYSTR TAMBAHAN – SARA RM1200

Untuk makluman anda semua, bantuan MYSARA ini merupakan sebuah bantuan berbentuk barangan asas seperti barangan dapur dan bukannya berbentuk wang tunai. Ianya merupakan inisiatif tambahan yang telah diumumkan pada belanjawan 2024 lalu.

Dianggarkan, seramai 700 ribu penerima STR yang layak bakal menerima manfaat bernilai RM100 setiap bulan untuk tempoh setahun (12 bulan).

Bantuan ini bukanlah berbentuk wang tunai. Akan tetapi, ianya akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh ditebus untuk pembeliaran barangan dapur.

SYARAT KELAYAKAN MYSTR TAMBAHAN

Untuk makluman anda semua, bayaran MYSTR tambahan Sumbangan Asas Rahmah (MYSARA 2024) ini hanya akan disalurkan kepada penerima STR yang menepati kelayakan seperti dibawah :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

SEMAKAN MYSTR TAMBAHAN (SARA)

Berikut adalah cara untuk membuat semakan MYSTR Tambahan ini :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : Sumbangan Asas Rahmah
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

KAEDAH BAYARAN MYSARA 2024 RM1200

Bayaran Bantuan Khas RM100 ini akan dikreditkan setiap bulan kedalam MyKad anda untuk tempoh enam (12) bulan bermula Januari 2024 nanti dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM1200.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

MYSARA 2024

Leave a Comment