BAP 2024 : Semakan Status Bantuan Tunai RM350 Untuk B40

BAP 2024 : Semakan Status Bantuan Tunai RM350 Untuk B40.

Dalam membantu golongan yang berpendapatan rendah B40 khususnya, pihak Kerajaan sentiasa komited agar golongan ini menerima bantuan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

Pada tahun 2024 ini, pelbagai bantuan yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dimana sekiranya individu tersebut layak, mereka akan terima bayaran secara tunai setiap bulan.

Oleh itu, pada kali ini kami akan kongsikan makluamt terperinci mengenai sebuah bantuan iaitu Bantuan Am Persekutuan (BAP) berserta cara untuk membuat semakan status kelayakan. Ikuti perkongsian dibawah ini.

BAP 2024 : BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Untuk makluman anda, pelbagai bantuan yang boleh anda dapatkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini. Antaranya adalah Bantuan Am Persekutuan (BAP 2024).

Bantuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KADAR BAYARAN BAP 2024

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan dimana, setiap individu yang berkelayakan bakal menerima bayaran sebanyak :

  • Minimum : RM100
  • Maksimum : RM350

Apa yang menariknya, rakyat Malaysia yang layak mereka akan menerima bayaran automatik secara bulanan.

SYARAT KELAYAKAN

Walaubagaimanapun, beberapa syarat kelayakan yang wajib untuk diketahui. Berikut adalah senarai kelayakan :

  •  Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

CARA MOHON

Rakyat Malaysia yang ingin memohon, berikut dikongsikan langkah bagi memohon Bantuan Am Persekutuan ini :

  • Sila layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • muat turun borang permohonan.
  • Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
  • Daftar permohonan mengikut negeri.
  • Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan.

Untuk lebih jelas cara memohon, sila rujuk DISINI

SEMAKAN STATUS BAP 2024

Bagi yang telah melengkapkan borang Bantuan JKM, langkah-langkah untuk membuat semakan status layak atau tidak adalah seperti berikut:

  • Sila layaran web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Semakan Status Permohonan Bantuan JKM
  • Klik butang Semak : Semakan Status Permohonan Atas Talian
  • Masukkan No MyKad Ahli dan klik SEMAK!
BAP 2024

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Setiap individu yang ingin memohon, pastikan anda lengkapkan senarai dokumen seperti dibawah :

Leave a Comment