MYLESEN 2024 : Permohonan Lesen Memandu Percuma Untuk B40

MYLESEN 2024 : Permohonan Lesen Memandu Percuma Untuk B40.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Bantuan Lesen Memandu Percuma ini bakal memanfaatkan seramai 35,000 rakyat Malaysia terdiri daripada golongan belia yang kurang berkemampuan. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

MYLESEN 2024

Program MyLesen 2024 B2 adalah sebuah program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40 khususnya golongan belia yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.) serta membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.) bagi 9,000 orang peserta.

MYLESEN 2024

SYARAT KELAYAKAN MYLESEN 2024

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan dalam permohonan MyLesen 2024 ini. Pastikan anda menepati kriteria kelayakan seperti yang dinyatakan dibawah ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Tidak disenaraikan hitamkan di JPJ, PDRM dan Mahkamah
  • Penerima bantuan kerajaan dari agensi (EKasih/ Zakat/ Baitulmal/ JAKOA/ JKM dan LHDN)
  • Tanggungan kepada penerima bantuan boleh memohon

KATEGORI BANTUAN

Terdapat beberapa kategori bantuan menerusi program ini, antaranya :

  • Ujian memandu motosikal B2
  • E-Hailing
  • Teksi
  • Bas

Info tambahan : Sebanyak 100,000 topi keledar akan di edarkan secara percuma termasuk untuk kanak-kanak.

CARA MOHON MYLESEN 2024

Sekiranya anda mempunyai syarat kelayakan yang tersenarai seperti diatas, anda boleh untuk membuat permohonan bantuan lesen memandu B2 percuma ini.
Sebarang permohonan, boleh rujuk di https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/mylesen.html

MAKLUMAT LANJUT

Sejak dari dulu lagi, kerajaan Malaysia sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Malaysia khususnya kepada golongan yang terjejas. Maka oleh itu, pelbagai bantuan seperti bantuan tunai telah diperkenalkan dan disalurkan tahun ini. Sekirany anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, boleh RUJUK DISINI.

Inginkan Info Bantuan Lebih Pantas? Join Telegram Kami :

Leave a Comment