Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 Sebulan : Mohon Sekarang!

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 Sebulan.
Permohonan Bantuan Sara Hidup untuk tahun 2024 kini telah dibuka khas kepada rakyat Malaysia yang layak. Sekiranya berkelayakan, individu tersebut akan menerima bayaran secara bulanan iaitu sebanyak RM300. Berikut kami kongsikan maklumat lanjut mengenainya.

BANTUAN SARA HIDUP RM300 SEBULAN

Bantuan Sara Hidup (BSH) ini merupakan sebuah bantuan kewangan yang akan diberikan secara bulanan. Program bantuan ini merupakan dibawah kendalian sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) untuk tahun 2024 ini.

Setiap permohonan yang lulus, mereka akan menerima insentif bulanan bernilai RM300 sepanjang tahun ini. Tujuan utama perlaksanaan program bantuan khas ini adalah bagi meringankan beban rakyat yang berkelayakan dan kurang berkemampuan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi memohon Bantuan Sara Hidup RM300 seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2024
  • Had umur kelayakan yang dipertimbangkan adalah 60 tahun dan keatas
  • Pemohon bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas tentera british yang berkhidmat di Malaya/ Malaysia atau Singapura termasuklah ranger di negeri Serawak
  • Merupakan bekas ahli pasukan 136 dan bekas askar wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Kepada balu yang telah berkahwin semula tidak layak memohon
  • Tidak diberhentikan dibawah masalah kes tatatertib
  • Kepada kategori anak yatim piatu wajib berumur kurang daripada 18 tahun dan dibawah 21 tahun jika masih bersekolah
  • Tiada syarat had umur bagi kategori cacat kekal
  • Mempunyai penyakit atau faktor kesihatan yang menghalang melakukan perkerjaan (Perlu surat pengesahan pegawai perubatan kerajaan)
  • Mempunyai bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di mana-mana institusi tinggi boleh dipertimbangkan pemberian insentif BSH.

CARA MOHON

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi terima manfaat yang ditawarkan kerajaan. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari portal rasmi bantuan sara hidup – BSH (JHEV) 2024

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2024 ini, pelbagai inisiatif yang akan disalurkan kepada rakyat Malaysia khusus untuk golongan berpendapatan rendah seperti B40. Untuk tahu lebih banyak bantuan-bantuan lain, sila SEMAK DISINI.

Leave a Comment