STR 2024 : Jumlah Bayaran Yang Diterima Kategori Isi Rumah

STR 2024 : Jumlah bayaarn yang diterima kategori isi rumah telahpun diumumkan melalui portal rasmi MYSTR 2024. Seperti kebiasaannya, kategori ini akan menerima kadar bayaran yang berbeza mengikut jumlah anak penerima.

Maka oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda mengenai jumlah bayaran yang akan diterima oleh kategori isi rumah mengikut jumlah anak mereka. Ikuti perkongsian dibawah.

STR 2024 ISI RUMAH

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah
terus diberi bantuan sewajarnya.

JUMLAH BAYARAN STR 2024 ISI RUMAH

Seperti yang anda tahu, kadar bayaran untuk kategori ini adalah berbeza. Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh kategori Isi Rumah pada STR 2024 mengikut jumlah anak :

Pendapatan RM2500 Kebawah :

  • Tiada Anak : RM1000
  • 1 – 2 Anak : RM1500
  • 3 – 4 Anak : RM2000
  • 5 orang Keatas : RM2500
str 2024

TARIKH BAYARAN

STR 2024 akan melalui 4 fasa bayaran. Fasa pertama akan disalurkan bermula :

  • FEBRUARI 2024

SYARAT KELAYAKAN STR 2024 ISI RUMAH

Seperti kebiasaannya, bantuan tunai seperti ini akan menyasarkan hanya kepada rakyat Malaysia yang betul-betul memerlukan. Oleh itu, beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan iaitu :

  • Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment