Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Untuk B40

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Untuk B40 kini boleh dilakukan khas untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan berada dalam kategori B40.

Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang terletak dibawah pentadbiran Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti dan mampan kepada semua pemohon dan keluarga di Malaysia.

RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Rumah Mesra Rakyat adalah bertujuan membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah sendiri atau tinggal di rumah usang (miskin) tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman ideal dan selesa. Kelulusan permohonan ini bergantung kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.

Nota : 

  • Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  • Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

KAEDAH PELAKSANAAN DAN CIRI-CIRI RMR

Berikut adalah maklumat lengkap Rumah Mesra Rakyat (RMR) :

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan telah di tetapkan untuk permohonan ini iaitu :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah / tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah tersebut
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan

REKA BENTUK RUMAH MESRA RAKYAT

Berikut adalah rekabentuk Rumah Mesra Rakyat :

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen penting hendaklah di sediakan dan haruslah lengkap

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang baru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon 
  • Borang laporan tapak bergambar

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut adalah cara dan langkah ketika hendak membuat permohonan secara online :

  • Sila ke portal rasmi SPNB : https://rmr.spnbonline.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru ( isi borang pendaftaran dengan lengkap)
  • Penerimaan Login ID dan kata laluan 
  • Log Masuk Ke Laman Utama ( Gunakan login ID dan kata laluan yang telah di berikan untuk proses permohonan RMR)
  • Melengkapkan Borang Online ( Isi maklumat  dan ke dalam sistem)
  • Selesai mengisi borang online ( Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang)
  • Majukan borang dan dokumen kepada SPNB (Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan)

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment