Permohonan Bantuan I-SURI KWSP Berjumlah RM480 – Mohon Sekarang!

Permohonan bantuan suri rumah berjumlah RM480 kini boleh dikemukakan. Seluruh suri rumah di Malaysia adalah layak untuk meneri insentif tahunan ini sekiranya individu tersebut memiliki kriterai kelayakan yang ditetapkan. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

I-SURI KWSP RM480

Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

MANFAAT I-SURI KWSP

Setiap kelayakan, individu tersebut bakal menerima manfaat seperti :

  • Pembayaran sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021.
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat kelayakan
  • Pemohon yang layak bakal menerima Dividen Tahunan KWSP sama seperti pencarum yang lain
  • Bukan itu sahaja, melalui skin i-Suri ini, Bantuan Khairat Kematian pun ada di sediakan sebanyak RM2,500

SYARAT KELAYAKAN I-SURI KWSP

Untuk makluman anda semua, permohonan Bantuan Khas Suri Rumah ini akan ditapis melalui beberapa syarat kelayakan. Berikut adlaah syarat kelayakannya :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih
  • Berumur bawah 60 tahun
  • Caruman bulanan sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR)

Nota : Suri rumah hanya boleh memilih salah satu insentif sahaja pada satu masa. Sekiranya anda telah berdaftar denan insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlulah membatalkannya terlebih dahulu untuk sebelum membuat permohonan i-Suri KWSP.

BORANG PENDAFTARAN & LANGKAH MEMOHON

Sekiranya anda merupakan di antara individu yang berkelayakan untuk bantuan ini, permohonan dan pendaftaran ahli i-Suri KWSP boleh di lakukan di mana-mana kaunter KWSP yan berdekatan. Sila sertakan sekali dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan proses permohonan anda di lakukan :

Nota : Caruman ini akan melibatkan seramai 359,065 wanita yang telah berdaftar denan sistem e-Kasih dan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi menjayakan prorgram ini. 

CARUMAN I-SURI KWSP

Bagi membolehkan dan melayakkan suri rumah untuk mendapat RM40 sebulan, caruman individu hendaklah di buat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum sebanyak RM5 sebulan atau RM60 setahun.

KAEDAH BAYARAN

Berikut adalah tiga kaedah pembayaran Bantuan Khas Suri Rumah, antaranya :

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang di lantik iaitu Maybank dan Public Bank.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment