MYSARA 2024 : Senarai Penerima Bayaran Tambahan RM1200

MYSARA 2024 : Senarai penerima bayaran tambahan RM1200 merupakan salah satu bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah khas kepada penerima STR yang layak pada tahun hadapan. Kadar bantuan ini telahpun dinaikkan daripada RM600 kepada RM1200.

Untuk makluman, bantuan tambahan RM100 akan dikreditkan secara berfasa ke dalam MyKad penerima yang layak untuk tempoh 12 bulan yang bermula Januari 2024 nanti.

Berikut kami kongsikan kepada anda apakah syarat kelayakan penerima STR Tambahan ini. Ikuti perkongsian dibawah.

MYSARA 2024 RM1200

Untuk makluman anda semua, bantuan MYSARA ini merupakan sebuah bantuan berbentuk barangan asas seperti barangan dapur dan bukannya berbentuk wang tunai. Ianya merupakan inisiatif tambahan yang telah diumumkan pada belanjawan 2024 lalu.

Dianggarkan, seramai 700 ribu penerima STR yang layak bakal menerima manfaat bernilai RM100 setiap bulan untuk tempoh setahun (12 bulan).

Bantuan ini bukanlah berbentuk wang tunai. Akan tetapi, ianya akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh ditebus untuk pembeliaran barangan dapur.

SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2024

Untuk makluman anda semua, bayaran tambahan Sumbangan Asas Rahmah (MYSARA 2024) ini hanya akan disalurkan kepada penerima STR yang menepati kelayakan seperti dibawah :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

SEMAKAN MYSARA 2024 (E-KASIH)

Ikuti cara semakan Bantuan MySARA RM1,200 2024 seperti langkah dibawah :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : Sumbangan Asas Rahmah
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

KAEDAH BAYARAN MYSARA 2024 RM1200

Bayaran Bantuan Khas RM100 ini akan dikreditkan setiap bulan kedalam MyKad anda untuk tempoh enam (12) bulan bermula Januari 2024 nanti dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM1200.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

MYSARA 2024

Leave a Comment