MYSTR : Bantuan Kewangan RM500 Disalurkan Bulan Februari 2024

MYSTR : Bantuan kewangan berjumlah RM500 akan disalurkan pada bulan Februari 2024. Bantuan tunai ini akan dilaksanakan menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun hadapan khas untuk individu yang berkelayakan.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu waktu ini, kerajaan sentiasa mengambil pelbagai cara bagi membantu golongan yang terjejas. Maka oleh itu, bantuan tunai seperti ini harus diteruskan. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah ini.

MYSTR : BANTUAN KEWANGAN RM500

Oktober lalu telah berlangsungnya pembentangan Belanjawan bagi tahun 2024. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa, pada pelaksanaan fasa pertama bantuan tunai STR, bayaran minimum RM500 akan disalurkan pada Februari nanti.

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah
terus diberi bantuan sewajarnya.

MYSTR : TARIKH BAYARAN

Tarikh bayaran adalah sama seperti bantuan tunai sebelum ini, dimana ianya akan disalurkan secara berfasa. Fasa pertama mula dilaksanakan :

  • FEBRUARI 2024

SYARAT KELAYAKAN MYSTR 2024

Seperti kebiasaannya, bantuan tunai seperti ini akan menyasarkan hanya kepada rakyat Malaysia yang betul-betul memerlukan. Oleh itu, beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan iaitu :

  • Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN MYSTR 2024

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh kategori Isi Rumah pada STR 2024 :

Pendapatan RM2500 Kebawah :

  • Tiada Anak : RM1000
  • 1 – 2 Anak : RM1500
  • 3 – 4 Anak : RM2000
  • 5 orang Keatas : RM2500
str 2024

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment