STR Fasa 4 : Permohonan Akan Diproses Pada Januari 2024

STR FASA 4 : Permohonan akan diproses pada Januari 2024. Jika dilihat perkongsian melalui media sosial seperti Facebook, segelintir penerima sebelum ini tertanya-tanya mengapa status permohonan mereka akan diproses pada Januari 2024? Sedangkan 3 fasa bayaran sebelum ini telah berjaya dikreditkan.
Untuk info lanjut mengenainya, ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
STR FASA 4
Bermula 7 November ini, seramai 5.5 juta penerima STR Fasa 4 yang layak akan menerima bayaran bantuan tunai tersebut. Kadar bayaran akan bermula dari RM200 sehingga RM1200 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Untuk makluman semua, bayaran ini merupakan bayaran fasa terakhir bagi tahun 2023.
TARIKH BAYARAN
Petang kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan bahawa bayaran STR fasa akhir ini akan mula dikreditkan pada :
- 7 NOVEMBER 2023
Beliau berkata, bayaran ini akan dikreditkan secara berperingkat kepada penerima yang layak.
PERMOHONAN AKAN DIPROSES JANUARI 2024
Segelintir rakyat Malaysia risau dan tertanya-tanya mengapa paparan pada status permohonan mereka “AKAN DIPROSES JANUARI 2024“. Sedangkan bayaran fasa sebelumnya telah berjaya dikreditkan ke akaun mereka.
Jangan risau, kerana bayaran anda tetap akan dibayar bulan ini. Jadi, untuk buat semakan STR 2023 anda, sila ke web rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Setelah masuk, sila klik butang “STR 2023” diatas sebelah kanan, contoh seperti gambar dibawah.

Bila telah masuk, sila login STR 2023 anda seperti biasa dan status kelayakan serta kadar bayaran terakhir anda akan terpapar.
SEMAKAN STR FASA 4
Rakyat Malaysia yang ingin membuat semakan mengenai kadar bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori, berikut adalah langkahnya :
Semakan STR Fasa 4 boleh dibuat melalui pautan berikut : SEMAKAN STR FASA 4
Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
- Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
- Nama Pemohon
- No MyKad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan Kata Laluan

KADAR BAYARAN
Sila semak kadar bayaran fasa akhir nanti :
1. Pendapatan Isi Rumah Bawah RM2,500
- Tiada Anak : RM200
- 1 – 2 Anak : RM600
- 3 – 4 Anak : RM900
- >5 Anak : RM1200
2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000
- Tiada Anak : –
- 1 – 2 Anak : –
- 3 – 4 Anak : RM300
- >5 Anak : RM500
3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200
4. Bujang (21 – 59 tahun) : –
5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : –
MAKLUMAT LANJUT
Untuk tahu lebih lanjut mengenai pelbagai bantuan lain yang disediakan, sila SEMAK DISINI.
