STR FASA 4 : Bayaran RM900 Akan Dikreditkan Kepada Kategori Ini

STR FASA 4 : Anda sedia maklum bawah, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 akan mula dilaksanakan bermula 7 November ini. Dianggarkan seramai 5.5 juta penerima yang layak akan terima bayaran bermula RM200 sehingga RM1200.

Melalui pelaksanaan fasa keempat ini, penerima yang LULUS rayuan STR 2023 akan menerima bayaran sekaligus nanti.

Beberapa kategori akan menerima bayaran akhir ini. Kadar bayaran akan disalurkan mengikut jenis kategori penerima. Kali ini kami kongsikan kepada anda kategori manakah yang akan terima bayaran RM900. Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 ini merupakan bayaran fasa akhir bagi tahun ini setelah 3 fasa bayaran sebelum ini telah dilaksanakan bulan terdahulu.

Dengan peruntukan RM2.1 bilion ini ianya bakal memanfaatkan seramai 5.5 juta penerima yang akan terima bayaran sehingga RM1200 mengikut kategori masing-masing.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :

  • 7 NOVEMBER 2023

Untuk makluman, bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat.

KATEGORI TERIMA BAYARAN RM900

Melalui pelaksanaan STR Fasa 4 ini, kadar bayaran adalah berbeza mengikut kategori masing-masing. Berikut adalah kategori yang akan terima bayaran sebanytak RM900 nanti :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

SEMAKAN STR FASA 4

Semakan STR Fasa 4 boleh dibuat melalui pautan berikut : SEMAKAN STR FASA 4

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
    • Nama Pemohon
    • No MyKad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan Kata Laluan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh turut serta bersama kami di channel Telegram. Sila klik pautan dibawah :

Leave a Comment