STR Fasa 4 : Bayaran Sebanyak RM2500 Untuk Kategori Ini

STR FASA 4 : Bayaran sebanyak RM2500 akan dikreditkan kepada kategori penerima yang layak. Untuk makluman anda semua, pelaksanaan fasa akhir ini akan dilakukan serentak kepada penerima yang LULUS rayuan STR 2023.
Table of Contents
STR FASA 4
Seramai 5.5 juta penerima yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima bayaran STR Fasa 4 ini bermula 7 November nanti. Bayaran sehingga RM1,200 akan diberikan kepada penerima yang layak mengikut kategori masing-masing.
TARIKH BAYARAN
Petang kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan bahawa bayaran STR fasa 4 ini akan mula dikreditkan pada :
- 7 NOVEMBER 2023
Beliau berkata, bayaran ini akan dikreditkan secara berperingkat kepada penerima yang layak.
SEMAKAN STR FASA 4
Sila layari web rasmi iaitu, SEMAKAN STR FASA 4
Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
- Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
- Nama Pemohon
- No MyKad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan Kata Laluan

BAYARAN MAKSIMUM RM2500
Ketika pelaksanaan STR Fasa 4 ini, lebih 280,000 penerima baharu yang DILULUSKAN menerusi Rayuan STR 2023 turut menerima bantuan tunai minggu hadapan. Mereka yang layak akan menerima bayaran sehingga RM2500.
Info : Pembayaran ini adalah bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.
KADAR BAYARAN
Berikut adalah kadar bayaran mengikut beberapa kategori penerima yang layak :
1. Pendapatan Isi Rumah Bawah RM2,500
- Tiada Anak : RM200
- 1 – 2 Anak : RM600
- 3 – 4 Anak : RM900
- >5 Anak : RM1200
2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000
- Tiada Anak : –
- 1 – 2 Anak : –
- 3 – 4 Anak : RM300
- >5 Anak : RM500
3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200
4. Bujang (21 – 59 tahun) : –
5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : –
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan sedia ada sentiasa memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia khususnya golongan atau individu yang terjejas dari segi ekonomi dan kesihatan. Pelbagai bantuan yang boleh anda manfaatkan. Untuk tahu bantuan lain, sila RUJUK DISINI.
