STR FASA 4 : Bayaran Akan Dikreditkan Bermula 7 November

STR FASA 4 : Khas untuk rakyat Malaysia yang sebelum ini teranya-tanya bilakah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 ini akan mula dikreditkan? Untuk makluman, perkara ini telahpun diumumkan petang kelmarin. Ikuti perkongsian dibawah.

STR FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR merupakan sebuah bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam membantu golongan yang berpendapan rendah.

Seramai 5.5 juta penerima yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima bayaran terakhir ini bermula November hadapan. Jumlah ini adalah termasuk penerima baharu yang diluluskan untuk rayuan STR 2023.

TARIKH BAYARAN

Petang kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan bahawa bayaran STR fasa akhir ini akan mula dikreditkan pada :

  • 7 NOVEMBER 2023

Beliau berkata, bayaran ini akan dikreditkan secara berperingkat kepada penerima yang layak.

SEMAKAN STR FASA 4

Rakyat Malaysia yang ingin membuat semakan mengenai kadar bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori, berikut adalah langkahnya :

Semakan STR Fasa 4 boleh dibuat melalui pautan berikut : SEMAKAN STR FASA 4

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
    • Nama Pemohon
    • No MyKad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan Kata Laluan
str fasa 4

KADAR BAYARAN

Beberapa kategori akan menerima bayaran fasa akhir ini. Berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima yang layak :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –
  • 3 – 4 Anak : RM300
  • >5 Anak : RM500

3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200

4. Bujang (21 – 59 tahun) : –

5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk tahu lebih lanjut mengenai pelbagai bantuan lain yang disediakan, sila SEMAK DISINI.

1 thought on “STR FASA 4 : Bayaran Akan Dikreditkan Bermula 7 November”

Leave a Comment