Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Jenis Bank Penerima

Jadual bayaran STR Fasa 4 mengikut jenis bank penerima yang layak akan mula disalurkan pada bulan November ini. Seperti yang anda tahu, bayaran bantuan ini merupakan bayaran fasa terakhir bagi tahun 2023.

Sebelumnya, pelaksanaan STR tahun ini telahpun melalui 3 fasa bayaran. Ramai tertanya-tanya bilakah bayaran fasa 4 ini akan mula disalurkan? Berikut kami kongsikan jadual bayaran mengikut jenis bank yang anda gunakan.

STR FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah ataupun STR Fasa 4 merupakan sebuah bantuan tunai yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada kumpulan B40 dan M40.

Ianya juga merupakan bayaran fasa terakhir bagi tahun ini dimana seramai 8.7 juta penerima akan menerima bayaran secara tunai.

JADUAL BAYARAN STR FASA 4

Kerajaan telah bersetuju akan mula salurkan bayaran STR fasa 4 ini pada :

  • NOVEMBER 2023

Namun, ramai tertanya-tanya bilakah tarikh bayarannya? Berikut adalah jangkaan mengenai jadual bayaran STR Fasa 4 berdasarkan tarikh bayaran STR fasa sebelumnya.

Mengikut dengan bayaran STR Fasa 2, ianya disalurkan lebih awal daripada tarikh rasminya agar rakyat Malaysia yang beragama Islam dapat membuat persediaan bagi menyambut Aidilfitri.

Jadi, pihak kami jangkakan jadual bayaran STR fasa 4 ini tidak mustahil akan diawalkan dan disalurkan sebelum sambutan perayaan Deepavali iaitu 12 November 2023 nanti.

SEMAKAN STR FASA 4

Rakyat Malaysia yang ingin membuat semakan mengenai kadar bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori, berikut adalah langkahnya :

Semakan STR Fasa 4 boleh dibuat melalui pautan berikut : SEMAKAN STR FASA 4

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
    • Nama Pemohon
    • No MyKad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan Kata Laluan
jadual bayaran str fasa 4

JUMLAH BAYARAN FASA 4

Rakyat Malaysia yang berkelayakan, mereka akan menerima bayaran pada bulan November nanti. Berikut kami kongsikan kepada anda kadar bayaran mengikut setiap kategori penerima yang layak :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –
  • 3 – 4 Anak : RM300
  • >5 Anak : RM500

3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200

4. Bujang (21 – 59 tahun) : –

5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk tahu lebih lanjut mengenai pelbagai bantuan lain yang disediakan, sila SEMAK DISINI.

Leave a Comment