STR 2024 : Kategori Ini Akan Terima Bayaran Sebanyak RM1500

STR 2024 : Kategori ini akan terima bayaran sebanyak RM1500 pada tahun hadapan melalui program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024. Untuk makluman semua, bayaran ini merupakan bayaran ketiga terbesar mengikut setiap kategori yang layak. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Pelaksanaan bantuan tunai ini pada tahun hadapan akan menyasarkan seramai 9 juta penerima berbanding tahun ini hanya 8.7 juta sahaja telah menerima manfaat.

TARIKH BAYARAN

Anda sedia maklum, bayaran STR ini bukanlah di kreditkan secara one-off akan tetapi ianya akan disalurkan secara berfasa. Kerajaan bersetuju akan menyalurkan bayaran fasa pertama adalah pada :

  • FEBRUARI 2024

KATEGORI TERIMA BAYARAN RM1500

Kadar bayaran STR 2024 ini adalah berbeza mengikut setiap kategori penerima iaitu Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas. Berikut dikongsikan penerima yang akan terima bayaran RM1500 nanti :

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 kebawah)

  • Anak 1-2 orang : RM1500
str 2024

SYARAT KELAYAKAN STR 2024

Bantuan tunai ini hanya akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang betul-betul memerlukan. Maka oleh itu, beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan iaitu :

  • Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment