E-Tunai 2023 : Cara Tebus Kredit Percuma RM100 Untuk B40 & M40

E-Tunai 2023 : Cara tebus kredit percuma RM100 untuk B40 dan M40 kepada rakyat Malaysia yang yang berumur 21 tahun keatas. Inisiatif ini merupakan bantuan tambahan setelah bantuan yang sama telah dilaksanakan pada Julai lalu. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

E-TUNAI 2023 RM100

Kerajaan telah bersetuju akan menyalurkan inisiatif tambahan khas kepada rakyat Malaysia pada tahun 2023 ini. Setiap individu yang layak, mereka akan menerima kredit tambahan berjumlah RM100 pada akhir tahun ini.

Dalam pelaksanaan inisiatif tambahan ini, ianya akan memanfaatkan lebih daripada 10 juta rakyat Malaysia merangkumi daripada golongan B40 dan M40 yang terjejas dan berpendapatan rendah.

TARIKH BAYARAN

Seperti yang telah diumumkan, pelaksanaa bantuan e-Tunai 2023 ini akan dsailurkan pada suku ke-empat (4) tahun 2023 iaitu :

  • DISEMBER 2023

Info : Tiada tarikh rasmi yang spesifik lagi diumumkan. Pihak kami akan maklumkan sekirany terdapat maklumat mengenainya.

CARA TEBUS & MOHON

Tiada sebarang permohonan yang diperlukan untuk menerima bantuan ini kerana ianya akan dikreditkan ke akaun e-wallet anda sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Ianya hanya boleh ditebus dengan cara memuat turun aplikasi e-wallet seperti dibawah :

  • Touch ‘N’ Go
  • Boost
  • Setel

Sekiranya bantuan ini telah mula disalurkan, hanya anda perlu menebus bantuan tersebut melalui Aplikasi diatas.

SYARAT KELAYAKAN

Walaubagaimanapun, bukan semua rakyat Malaysia adalah layak untuk terima bayaran E-Tunai ini. Beberapa kriteria kelayakan telah ditetapkan, antaranya :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment