E-Tunai 2023 : Tarikh Rasmi Bayaran Kredit Percuma RM100

E-Tunai 2023 : Tarikh rasmi bayaran kredit percuma RM100 kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak. Untuk makluman, bantuan ini terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun keatas.

Sebelum ini, bantuan E-Tunai Rahmah telah dilaksanakan pada Julai lalu dimana rakyat Malaysia yang berkelayakan telah menerima bayaran kredit percuma bernilai RM200 ke dalam akaun e-dompet mereka.

E-TUNAI 2023 RM100

Kerajaan telah bersetuju akan menyalurkan inisiatif tambahan khas kepada rakyat Malaysia pada tahun 2023 ini. Setiap individu yang layak, mereka akan menerima kredit tambahan berjumlah RM100 pada akhir tahun ini.

Dianggarkan, seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima manfaat bantuan e-tunai ini.

TARIKH BAYARAN

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan II telah mamklumkan bahawa, bayaran e-tunai RM100 ini akan mula disalurkan kepada rakyat Malaysia bermula :

  • DISEMBER 2023

Info : Tiada tarikh rasmi yang spesifik lagi diumumkan. Pihak kami akan maklumkan sekirany terdapat maklumat mengenainya.

SYARAT KELAYAKAN E-TUNAI 2023

Walaubagaimanapun, bukan semua rakyat Malaysia adalah layak untuk terima bayaran E-Tunai ini. Beberapa kriteria kelayakan telah ditetapkan, antaranya :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun

CARA TEBUS & MOHON

Tiada sebarang permohonan yang diperlukan untuk menerima bantuan ini kerana ianya akan dikreditkan ke akaun e-wallet anda sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Ianya hanya boleh ditebus dengan cara memuat turun aplikasi e-wallet seperti dibawah :

  • Touch ‘N’ Go
  • Boost
  • Setel

Bantuan e-tunai tersebut boleh ditebus melalui aplikasi tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment