Syarat Kelayakan Bantuan E-Tunai RM100 Untuk B40 & M40

Beberapa syarat kelayakan penerima bantuan E-Tunai RM100 perlu rakyat Malaysia perhatikan sekiranya ingin mendapat manfaat daripada inisiatif ini. Bantuan ini merupakan bantuan baharu yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Peluncuran Ekonomi Madani bulan Julai lalu.
Oleh tiu, pihak kami akan kongsikan kepada anda mengenai apakah syarat kelayakan bagi penerima bantuan E-Tunai RM100. Ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
BANTUAN E-TUNAI RM100
Menurut Perdana Menteri, Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan ini keranaa ianya telah memberi impak yang besar setelah melihat kejayaan dalam mendorong rakyat Malaysia untuk berbelanja tanpa tunai.
Rakyat Malaysia yang berkelayakan, mereka akan menerima bantuan e-tunai RM100 ini sekiranya pendapatan tahunan tidak lebih daripada RM100,000.
Info : Bantuan ini adalah sama seperti E-Tunai Belia Rahmah RM200 yang disalurkan baru-baru ini.
KADAR BAYARAN E-TUNAI 2023
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di majlis tersebut, seramai 10 juta rakyat Malaysia merangkumi dari kumpulan B40 dan M40, mereka akan menerima bayaran sebanyak :
- RM100
Tambahan beliau, pelaksanaan inisiatif ini memperuntukkan dana sebanyak RM1 bilion.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Untuk golongan B40 dan M40
TARIKH BAYARAN
Seperti yang telah diumumkan, tarikh pelaksanaan inisiatif ini akan disalurkan pada suku ke empat tahun 2023. Ramai menganggap ianya akan disalurkan bulan Oktober ini.
Namun, baru-baru ini Timbalan Menteri Kewangan II telah membuat kenyataan rasminya bahawa ianya akan disalurkan pada bulan :
- DISEMBER 2023
Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi.
Info : Untuk makluman, pelaksanaan e-Tunai Belia Rahmah RM200 telahpun dilaksanakan pada bulan Julai lalu.

CARA MOHON & TEBUS
Kaedah penebusan bantuan ini adalah sama seperti sebelum ini. Individu yang layak, mereka cuma perlu mendaftar dan tebus dengan cara memuat turun aplikasi seperti dibawah :
- Touch ‘N’ Go
- Boost
- Setel
Sekiranya bantuan ini telah mula disalurkan, anda hanya perlu menebus bantuan tersebut melalui Aplikasi seperti diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.
