E-Tunai 2023 : Kredit Tambahan RM100 Untuk B40 & M40

E-Tunai 2023 : Kredit tambahan RM100 akan disalurkan pada bulan hadapan khas untuk golongan B40 dan M40 dinegara ini. Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah melihat kejayaan dalam pelaksanaan E-Tunai Rahmah RM200 Julai lalu.

Inisiatif tambahan seperti ini sudah tentu memberi kesan yang positif kepada rakyat Malaysia khususnya mereka yang terjejas.

E-TUNAI 2023

E-Tunai 2023 merupakan salah satu bantuan tambahan yang telah dipersetujui oleh kerajaan dalam membantu golongan yang terjejas khususnya. Maka oleh itu, mereka yang layak akan menerima bayaran sebanyak RM100 setiap seorang.

Dalam pelaksanaan inisiatif tambahan ini, ianya akan memanfaatkan lebih daripada 10 juta rakyat Malaysia merangkumi daripada golongan B40 dan M40 yang terjejas dan berpendapatan rendah.

KADAR BAYARAN E-TUNAI 2023

Seperti yang telah diumumkan, kerajaan telah setuju akan menyalurkan bantuan ini kepada individu yang layak pada kadar:

  • RM100 (seorang)

Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

TARIKH BAYARAN

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar memberitahu bahawa bantuan ini akan disalurkan pada suku ke-4 tahun 2023. Ramai yang menyangka ianya akan dilaksanakan pada OKTOBER 2023.

Namun, baru-baru ini, Timbalan menteri Kewangan telahpun membuat pengumuman bahawa bayaran ini akan disalurkan bermula :

  • DISEMBER 2023

Info : Tiada tarikh rasmi yang spesifik lagi diumumkan. Pihak kami akan maklumkan sekirany terdapat maklumat mengenainya.

SYARAT KELAYAKAN

Walaubagaimanapun, bukan semua rakyat Malaysia adalah layak untuk terima bayaran E-Tunai ini. Beberapa kriteria kelayakan telah ditetapkan, antaranya :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun

CARA MOHON

Tiada sebarang permohonan yang diperlukan untuk menerima bantuan ini kerana ianya akan dikreditkan ke akaun e-wallet anda sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Ianya hanya boleh ditebus dengan cara memuat turun aplikasi e-wallet seperti dibawah :

  • Touch ‘N’ Go
  • Boost
  • Setel

Sekiranya bantuan ini telah mula disalurkan, hanya anda perlu menebus bantuan tersebut melalui Aplikasi diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment