Bantuan KerajaanBINGKAS

Rasmi : Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan Untuk B40

Rasmi : Bantuan barangan dapur RM300 sebulan akan disalurkan kepada golongan B40 tahun 2023 ini. Bantuan ini merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor melalui program bantuan BINGKAS.

Menteri Besar Selangor Y.A.B. DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI berkata bantuan ini bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN BINGKAS 2023

Bantuan barangan dapur ini dijangkakan bakal memanfaatkan seramai 30,000 buah keluarga di negeri Selangor. Setiap isi keluarga yang berkelayakan, mereka akan menerima bayarang sebanyak RM300 sebulan yang akan dikreditkan kedalam e-wallet masing-masing.

Program yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2022 lagi. Pada tahun ini, kerejaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan dalam usaha membantu golongan yang berpendapatan rendah.

bantuan barangan dapur

BANTUAN BARANGAN DAPUR

Melalui pelaksanaan program bantuan barangan dapur ini, isi keluarga yang layak akan menerima beberapa manfaat, antaranya adalah :

  • Had pembelian RM300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).
  • Bantuan ini boleh digunakan di mana-mana pasar raya berdaftar untuk membeli barangan keperluan dapur pada tahun 2023.

SYARAT KELAYAKAN 

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi setiap permohonan BINGKAS ini, iaitu :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

KAEDAH BAYARAN

Untuk makluman semua, bantuan ini bukanlah disalurkan secara wang tunai. Akan tetapi, setiap isi keluarga yang layak, mereka akan terima bayaran tersebut melalui kredit e-wallet.

CARA MOHON

Sila kemukakan permohonan anda melalui portal rasmi iaitu : https://www.bingkasselangor.com/

Beberapa dokumen penting yang perlu anda sediakan adalah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada)
  • Salinan kad pengenalan/ mykid/ surat lahir anak/ tanggungan
  • Salinan slip/ penyata gaji untuk penjawat awam
  • Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
  • Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
  • Dokumen lain yang berkaitan

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai lagi bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan yang boleh anda dapatkan pada tahun ini. Untuk lebih lanjut, sila RUJUK DISINI.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button