Terkini : Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 4

STR Fasa 4 atau lebih dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah merupakan salah satu inisiatif kerajaan berbentuk wang tunai bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan terjejas.

Seperti sebelumnya, ianya akan disalurkan secara berfasa dan kini telah melalui 3 fasa bayaran. Ramai tertanya bilakah fasa 4 mula disalurkan? Untuk makluman, fasa 4 ini merupakan fasa terakhir bagi tahun 2023 ini.

STR FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 merupakan bantuan tunai bagi fasa terakhir tahun ini. Dianggarkan, seramai 8.7 juta penerima daripada golongan B40 dan M40 akan terima inisiatif ini.

Bantuan ini bertujuan membantu rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan terjejas sebagai langkah untuk memberi dan menjaga keharmonian agar golongan ini hidup lebih selesa.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Individu yang layak, mereka akan terima bayaran bermula :

  • NOVEMBER 2023

Buat masa ini, tiada tarikh rasmi lagi diumumkan dan bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat.

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Terdapat beberapa kategori kelayakan, antaranya :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN

Bagi anda yang tidak tahu berapakah jumlah bayaran, berikut kami kongsikan mengikut kategori :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –
  • 3 – 4 Anak : RM300
  • >5 Anak : RM500

3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200

4. Bujang (21 – 59 tahun) : –

5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai lagi bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan yang boleh anda dapatkan pada tahun ini. Untuk lebih lanjut, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment