BMT 2023 : Bayaran Berjumlah RM800 Dikreditkan Bulan November Nanti

BMT 2023 : Rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menerima bayaran bagi bantuan BMT ataupun Bantuan Musim Tengkujuh bermula bulan hadapan. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas pendapatannya.
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian lengkap dibawah.
Table of Contents
BMT 2023
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini akan disalurkan kepada pekebun kecil bagi meringankan beban dalam berhadapan bencana di musim tengkujuh.
Seramai 232,427 penerima yang terdiri daripada pekebun kecil getah RISDA dan 86,323 lagi pekebun kecil akan menerima manfaat sehingga RM800.
KADAR BANTUAN BMT
Untuk makluman, kadar bantuan ini telah dinaikkan. Berbanding tahun sebelumnya, hanya RM600 akan dibayar. Namun, tahun ini ianya telah dinaikkan kepada RM800.
Untuk makluman, bayaran bukanlah secara one-off akan tetapi dibayar secara berfasa :
- RM200 Sebulan untuk tempoh 4 bulan
TARIKH BAYARAN BMT RM800
Bayaran bantuan ini akan mula disalurkan pada :
- NOVEMBER 2023 : RM200
- DISEMBER 2023 : RM200
- JANUARI : RM200
- FEBRUARI : RM200
SEMAKAN PERMOHONAN BMT
Semakan bagi permohonan bantuan ini telahpun dibuka. Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :
- Melalui laman web rasmi BMT RISDA iaitu, https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
- atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.
CARA MOHON BMT RM800
Tempoh bagi permohonan baru bantuan BMT ini telah pun berakhir pada 15 SEPTEMBER yang lalu.
MAKLUMAT LANJUT
Ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui mengenai pelbagai bantuan daripada pihak kerajaan yang boleh dimanfaatkan. Oleh itu, sekiranya anda ingin tahu apakah jenis bantuan yang ada, SILA RUJUK DISINI.
