E-Tunai RM100 : Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Kredit Percuma

E-Tunai RM100 : Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengumumkan bahawa bayaran bagi bantuan kredit percuma ini akan mula disalurkan bulan Disember ini.
Dianggarkan, seramai 10 juta penerima dewasa akan menerima manfaat ini. Namun terdapat beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan kepana penerima yang layak. Apakah syarat kelayakannya? Ikuti perkongsian di bawah.
Table of Contents
E-TUNAI RM100
Bantuan ini merupakan inisiatif terbaharu kerajaan setelah e-dompet RM200 selesai disalurkan kepada penerima yang layak. Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika Majlis Peluncuran Ekonomi Madani Julai lalu.
Rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 adalah layak untuk menerima bantuan ini.
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan yang mudah bagi penerima :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
KADAR BAYARAN E-TUNAI 2023
Sekiranya individu tersebut memenuhi kriteria yang ditetapkan, maka secara automatik layak menerima :
- RM100
TARIKH BAYARAN
Ramai tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran? Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan II telah memaklumkan bahawa, bayaran ini akan mula disalurkan bermula :
- DISEMBER 2023
Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi.
CARA MOHON
Bagi cara memohon pula, anda hanya perlu memuat turun aplikasi seperti dibawah :
- Touch ‘N’ Go
- Boost
- Setel
Sekiranya bantuan ini telah mula disalurkan, hanya anda perlu menebus bantuan tersebut melalui Aplikasi diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.
