Empat Kategori Ini Tidak Akan Terima Bayaran STR Fasa 4 Nanti

Kategori ini tidak akan terima bayaran STR Fasa 4 November nanti. Ingin diingatkan kepada anda yang layak terima bayaran sebelumnya, mungkin anda diantara yang tidak akan terima bayaran nanti.

Sumbangan Asas Rahmah (STR) kini berada di fasa terakhir bayarannya. Sebelum ini, sebanyak 3 fasa bayaran telah dilaksanakan dan seramai 8.7 juta penerima telah mendapat manfaatnya.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu bantuan tunai khas kepada rakyat yang memerlukan. Sedia maklum, bantuan ini adalah sama seperti BPR dan BKM di tahun sebelumnya.

Untuk fasa akhir ini, bayaran minimum RM200 dan maksimum RM1200 akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran STR Fasa 4 ini akan disalurkan bermula :

  • NOVEMBER 2023

Info : Tiada tarikh rasmi dimklumkan lagi dan bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat.

bayaran str fasa 4

KATEGORI INI TIDAK TERIMA BAYARAN

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat beberapa kategori yang tidak akan menerima sebarang bayaran STR Fasa 4 nanti, iaitu :

1. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –

2. Bujang (21 – 59 tahun) : –

3. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

Ini kerana, bayaran untuk kategori tersebut telahpun selesai disalurkan.

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan bagi penerima bayaran STR Fasa 4 yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan sedia ada sentiasa memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia khususnya golongan atau individu yang terjejas dari segi ekonomi dan kesihatan. Pelbagai bantuan yang boleh anda manfaatkan. Untuk tahu bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment