STR FASA 4 : Tiada Bayaran Diterima Oleh Kategori Ini

STR Fasa 4 : Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa keempat akan mula dilaksanakan pada bulan November hadapan dimana, penerima yang layak akan terima bayaran maksimum RM1200.

Namun ingin diingatkan kepada anda, bukan semua kategori akan terima bayaran tersebut. Terdapat beberap kategori yang tidak akan terima sebarang bayaran nanti. Ini kerana, bayaran bagi kategori tersebut telah selesai dibayar.

Berikut dikongsikan kategori apakah yang tidak akan terima bayaran nanti. Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 merupakan bantuan tunai fasa terakhir bagi tahun 2023 ini. Sebelumnya, bantuan ini telahpun melalui 3 fasa bayaran dan seramai 8.7 juta penerima yang layak telah mendapat manfaat dari bantuan tersebut.

Untuk fasa akhir ini, bayaran minimum RM200 dan maksimum RM1200 akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Melalui kenyataan rasmi yang telah dibuat, bayaran fasa akhir ini akan mula disalurkan pada :

  • NOVEMBER 2023

Info : Tiada tarikh rasmi dimklumkan lagi dan bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat.

TIADA BAYARAN UNTUK KATEGORI INI

Seperti yang telah dinyatakan diatas, bukan semua kategori akan terima bayaran fasa akhir ini. Terdapat beberapa kategori tidak terima sebarang bayaran. Iaitu :

1. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –

2. Bujang (21 – 59 tahun) : –

3. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

Ini kerana, bayaran untuk kategori tersebut telahpun selesai disalurkan.

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan sedia ada sentiasa memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia khususnya golongan atau individu yang terjejas dari segi ekonomi dan kesihatan. Pelbagai bantuan yang boleh anda manfaatkan. Untuk tahu bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment