BELANJAWAN 2024Bantuan KerajaanPendidikan

BAP 2024 : Bantuan Awal Persekolahan RM150 Seorang Kepada Setiap Murid

BAP 2024 : Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM150 akan dibayar kepada setiap murid/pelajar pada tahun hadapan. Seperti kebiasaannya, bantuan tunai seperti ini akan disalurkan sama seperti tahun sebelum nya.

Menerusi kenyataan rasmi bertarikh 16 Oktober, kerajaan bersetuju akan menyalurkan BAP ini tahun hadapan. Ianya bakal memanfaatkan seramai 5,254,200 orang murid diseluruh negara.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP 2024)

Bantuan Awal Persekolahan adalah bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu meringankan kewangan ibubapa yang berpendapatan rendah.

Menerusi kenyataan rasmi yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kerajaan memperuntukkan RM788,130,000 bagi memanfaatkan 5,254,200 murid dan setiap seorang akan menerima RM150.

TARIKH BAYARAN BAP 2024

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan ini bermula :

  • JANUARI 2024

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik bilakah ianya akan mula disalurkan. Pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat info mengenainya.

BAP 2024

KADAR BAYARAN

Menerusi kenyataan media rasmi yang dibuat KPM kelamarin, murid/pelajar akan menerima sebanyak :

  • RM150 seorang

SYARAT KELAYAKAN

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, setiap murid akan menerima bayaran RM150 tersebut tanpa mengira had pendapatan ibu bapa mereka.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan sedia ada sentiasa memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia khususnya golongan atau individu yang terjejas dari segi ekonomi dan kesihatan. Pelbagai bantuan yang boleh anda manfaatkan. Untuk tahu bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button