STR 2024 : Bayaran Berjumlah RM500 Untuk Kategori Bujang

STR 2024 : Bayaran berjumlah RM500 akan diberikan kepada kategori bujang yang layak tahun hadapan. Bantuan ini telah dinaikkan dimana sebelum ini kategori bujang hanya menerima RM350 sahaja.
Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Jumaat baru-baru ini.
Table of Contents
STR 2024
Pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 tahun hadapan, ianya bakal memanfaatkan seramai 9 juta penerima yang berkelayakan. Berbeza tahun lalu hanya 8.7 juta penerima sahaja.
Untuk makluman, jumlah bayaran bantuan tunai ini turut dinaikkan juga dimana, setiap isi rumah yang berkelayakan akan terima RM3700 berbanding Rm3100 sebelum ini.
JUMLAH BAYARAN STR BUJANG
Kerajaan telah bersetuju akan menaiktaraf bayaran untuk kategori bujang ini iaitu berjumlah :
- RM500
Anda sedia maklum, bayaran sebelum ini hanya RM350. Terdapat penambahan sebanyak RM150 pada tahun hadapan.
TARIKH BAYARAN
Menurut Perdana Menteri, bayaran fasa pertama STR 2024 ini akan mula disalurkan sebelum Ramadhan tahun hadapan. Apa yang menariknya, bayaran tersebut akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM500.
PERMOHONAN STR 2024
Rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ini, permohonan baru boleh dilakukan pada bulan hadapan iaitu November.
Info : Permohonan akan dibuka sepanjang tahun dan bukan setahun sekali seperti sebelum ini..
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui pelbagai bantuan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan, sila RUJUK DISINI
