Bantuan KerajaanSTR 2024

STR 2024 : Jumlah Bayaran Dinaikkan Sebanyak RM3700 Tahun Hadapan

STR 2024 : Ketika ini tengah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan tengah membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen.

Pembentangan Belanjawan 2024 dijangka memberi tumpuan kepada sektor perniagaan membabitkan perkhidmatan, runcit, hospitaliti, pembinaan dan teknologi hijau, demikian menurut penganalisis ekonomi.

STR 2024

Baru sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa, jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 akan dinaikkan.

Sebelum ini, seramai 8.7 rakyat Malaysia yang akan menerima manfaat STR ini. Pada tahun hadapan, seramai 9 juta penerima akan mendapat manfaat dan setiap isi keluarga akan menerima bayaran sehingga RM3700.

Bagi kategori belia/bujang pula, kadar bayaran untuk golongan ini akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 pada tahun hadapan.

TARIKH BAYARAN

Menurut Perdana Menteri, bayaran fasa pertama STR 2024 ini akan mula disalurkan sebelum Aidilfitri tahun hadapan. Apa yang menariknya, bayaran tersebut akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM500.

PERMOHONAN STR 2024

Rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ini, permohonan baru boleh dilakukan pada bulan hadapan iaitu November.

Info : Permohonan akan dibuka sepanjang tahun dan bukan setahun sekali seperti sebelum ini..

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui pelbagai bantuan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan, sila RUJUK DISINI

Admin Keizim

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button