KWSP FSA2 : Pengeluaran Khas RM5000 Kini Dibenarkan

KWSP FSA2 : Fasaliti Sokongan Akaun 2 merupakan salah pengeluaran yang dibenarkan dan telah dilancarkan oleh pihak KWSP. Ianya bertujuan bagi membolehkan pencarum memohon pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah adalah dibenarkan untuk membuat pengeluaran minimum RM3000 dan maksimum RM50,000. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

FASALITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)

FSA2 merupakan sebuah kemudahan bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Simpanan dalam Akaun 2 digunakan untuk membayar pembiayaan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.

PENGELUARAN RM5000

Seluruh pencarum yang ingin membuat pengeluaran melalui program KWSP FSA2 ini adalah dibenarkan dengan kadar minimum RM5000 dan maksimum adalah RM50,000. Namun begitu, ianya adalah tertakluk kepada baki simpanan pencarum didalam akaun 2 KWSP.

KWSP FSA2 : SYARAT KELAYAKAN

Pencarum yang ingin membuat pengeluaran, hendaklah memenuhi kriteria kelayakan seperti dibawah :

  • Permohonan terbuka kepada ahli KWSP
  • Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • permohonan hanya sekali sahaja
  • Tarikh permohonan dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023
  • Minimum baki akaun simpanan akaun 2 minimum RM3,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan

CARA MOHON PENGELUARAN

Berikut adalah beberapa cara untuk memohon pengeluaran KWSP tersebut :

  • Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian
  • Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan
  • Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 55 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan.

SENARAI BANK YANG TERLIBAT

Ahli KWSP yang ingin membuat permohonan pengeluaran FSA2 ini, berikut adalah senarai bank yang terpilih :

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • MBSB Bank

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA 2 ini telahpun dibuka bermula :

  • 7 APRIL 2023

Manakala, bagi BSN pula permohonan boleh dibuat pada 15 April 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui mengenai pelbagai bantuan daripada pihak kerajaan yang boleh dimanfaatkan. Oleh itu, sekiranya anda ingin tahu apakah jenis bantuan yang ada, SILA RUJUK DISINI.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak di https://www.kwsp.gov.my/fsa2

Leave a Comment