E-Tunai : Cara Tebus Kredit Percuma RM100 Untuk B40 & M40

E-Tunai merupakan salah satu inisiatif baru untuk rakyat Malaysia tahun 2023 ini. Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas akan menerima bantuan berjumlah RM100.
Untuk kali ini, pihak kami akan kongsikan kepada anda bagaimanakah cara untuk tebus kredit percuma RM100 ini. Ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
E-TUNAI RM100
Ketika Majlis Peluncuran Ekonomi Madani lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan E-Tunai RM100 inia akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan tahunan dibawah RM100,000.
Bantuan ini dilancarkan setelah pihak kerajaan melihat kejayaan dan impak besar kepada masyarakat sekaligus mendorong rakyat Malaysia berbelanja tanpa tunai.
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan yang mudah bagi penerima :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Untuk golongan B40 dan M40
KADAR BAYARAN E-TUNAI 2023
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di majlis tersebut, seramai 10 juta rakyat Malaysia merangkumi dari kumpulan B40 dan M40, mereka akan menerima bayaran sebanyak :
- RM100
Tambahan beliau, pelaksanaan inisiatif ini memperuntukkan dana sebanyak RM1 bilion.
TARIKH BAYARAN
Seperti yang telah diumumkan, tarikh pelaksanaan inisiatif ini akan disalurkan pada suku ke empat tahun 2023. Ramai menganggap ianya akan disalurkan bulan Oktober ini.
Namun, baru-baru ini Timbalan Menteri Kewangan II telah membuat kenyataan rasminya bahawa ianya akan disalurkan pada bulan :
- DISEMBER 2023
Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi.
Info : Untuk makluman, pelaksanaan e-Tunai Belia Rahmah RM200 telahpun dilaksanakan pada bulan Julai lalu.

CARA TEBUS
Kaedah penebusan bantuan ini adalah sama seperti sebelum ini. Rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan, mereka cuma perlu mendaftar dan tebus dengan cara memuat turun aplikasi seperti dibawah :
- Touch ‘N’ Go
- Boost
- Setel
Sekiranya bantuan ini telah mula disalurkan, hanya anda perlu menebus bantuan tersebut melalui Aplikasi diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.
