Kredit E-Wallet Percuma RM300 Sebulan Untuk Golongan B40

BINGKAS 2023 : Berita baik untuk rakyat Negeri Selangor. Sekiranya anda permastautin tetap selama 10 tahun di negeri tersebut, anda layak untuk memohon bantuan e-wallet berjumlah RM300 sebulan ini. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)

Melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), dianggarkan seramai 30,000 keluarga B40 layak untuk menerima bantuan e-wallet RM300 sebulan ini.

Untuk makluman, permohonan bagi bantuan ini telahpun dibuka. Sekiranya anda antara individu yang layak, anda akan terima bayaran RM300 sebulan bersamaan RM3600 untuk tempoh 1 tahun.

Tujuan utama program ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak, serta menangani wabak tersebut.

MANFAAT BINGKAS

Beberapa manfaat yang akan diterima oleh penerima yang layak melalui inisiatif BINGKAS :

  • Had pembelian RM300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

PENERIMA BINGKAS RM300

Untuk makluman, bayaran RM300 BINGKAS ini bukanlah melalui wang tunai. Akan tetapi bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun E-Wallet anda seperti di bawah :

Ianya adalah bertujuan agar rakyat Malaysia terbiasa dengan membeli barang melalui pembayaran tanpa tunai.

SYARAT PERMOHONAN 

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

CARA MOHON 

Sebarang permohonan, ianya boleh dilakukan melalui web rasmi BINGKAS iaitu : https://www.bingkasselangor.com/

Beberapa dokumen penting yang perlu anda sediakan adalah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada)
  • Salinan kad pengenalan/ mykid/ surat lahir anak/ tanggungan
  • Salinan slip/ penyata gaji untuk penjawat awam
  • Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
  • Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
  • Dokumen lain yang berkaitan

Leave a Comment